Showing posts with label Liku-liku kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Liku-liku kehidupan. Show all posts

Friday, 3 June 2016

Merungkai Erti Kata

Seawal pagi matahari terbit
terbit bersama sinarannya
Indah sungguh!
Sesungguhnya keindahan itu hanya sementara
sementara yang tidak kekal
wujud hanya untuk sementara waktu
Aku melangut, memikirkan ciptaan-Nya
mengagumi ciptaan-Nya
Terlalu indah!
Adapun ciptaan-Nya yang hodoh
hodoh yang sebenarnya indah
hodoh sifatnya sebagai pembawa mesej
mesej yang tersirat
untuk ciptaan-Nya yang lain merungkai
erti kata itu...

Dan aku disini masih mencuba merungkai kehodohan di sekelilingku...

Monday, 11 April 2016

Liku-liku

Ku kutip satu per satu kisah hidupku
Di sepanjang perjalanan tepi laluan
Ku timbang di atas telapak tanganku
Kerana aku si pelakon di dalam tayangan itu
Ada yang seimbang, ada yang berat sebelah,
Ada yang ringan, dan ada juga yang berat semata
Yang berat itu adalah yang terdekat
Terdekat pada masa kini
Berat yang dipenuhi dengan sesalan
Gurisan hati, emosi yang gelap
Ini tidak sepatutnya begini
Jauh sekali
Di manakah silapnya?
Letih?
Bosan?
Aku?
Takut untuk ku hampiri dosa
Namun, biarlah dosa kecil
kerana tiada daya untuk ku menanggungnya lagi. 

Maafkan aku.