Monday, 11 April 2016

Liku-liku

Ku kutip satu per satu kisah hidupku
Di sepanjang perjalanan tepi laluan
Ku timbang di atas telapak tanganku
Kerana aku si pelakon di dalam tayangan itu
Ada yang seimbang, ada yang berat sebelah,
Ada yang ringan, dan ada juga yang berat semata
Yang berat itu adalah yang terdekat
Terdekat pada masa kini
Berat yang dipenuhi dengan sesalan
Gurisan hati, emosi yang gelap
Ini tidak sepatutnya begini
Jauh sekali
Di manakah silapnya?
Letih?
Bosan?
Aku?
Takut untuk ku hampiri dosa
Namun, biarlah dosa kecil
kerana tiada daya untuk ku menanggungnya lagi. 

Maafkan aku.

No comments:

Post a Comment