Wajahnya macam mencuka
Adakah dia masih meragu
Pada kasihnya yang utuh setia?
Katanya tidak
Namun jelas terpancar dikala bersendirian
Berlaga di akal fikiran
Adakah dia bersedih?
Jawabnya tidak dan dia bergembira sambil berlalu pergi
Tetapi jauh dipenjuru bumi
Kelihatan dia menangis seorang diri
Bersama teman dia gembira
Bersama malam dia berdiam sahaja
Membohong saja pada dirinya
Walhal sukma meggelodak sentiasa
Adakah kau sayang padanya?
Iya katanya
Tetapi kau menderita?
Sepi... tanpa kata
Berperang dengan hati dan realiti
Sukar untuknya mempercayai
Kerna jarang sekali dia silap menilai dan mengerti
Benarkah semudah itu dia melupakannya?
Tentunya tidak
Hati yang terluka
Walau dijahit
Kekal berparut selamanya
Umpama titisan tangisan
Menitis pada helaian kertas
Kering namun kekal berkesan
Tidurlah sayang
Lupakan lukamu
Keringkan airmatamu
Semoga esok kau melakar kisah hidup yang baru
Walaupun berparut ia masih cantik dan kuat sepertimu.
No comments:
Post a Comment