
Tuesday, 29 December 2015
Back in the Line
It is weird but yeah, I am here again to pour the overloaded poetic feelings and words onto my wailing wall.
Life is getting way complicated than what it seems in reality.
All those bricks and holes, bash and fall
Ah, it hurts a lot!
I am a firm believer of writing as a form of expression whereby I can pour my loud mind silently into words and publish them silently in this cute blog of mine. Irony? Yes, it is.
As you can see, my writings are mostly of feelings. Why? That is because feeling is something that comes sincerely from your heart. On the other hand, writing is a form of expression, as mentioned above, thus, writing also comes from the heart. When I write passionately, those words are words of the heart and are sincerely formed. How can you ever deny anything that comes from the heart?
One beat of the heart is another second of life.
If you ever feel so sad, so broken and crushed inside, please create a blog and say whatever you want to say in it. It will save you from a hell of regrets. I can guarantee that!
If you also feel so happy but you are lonely because nobody is willing to lend their ears to listen to your story, it's alright love. You can simply create a blog and share your stories. One day, people will find your happy stories and share it with others. Or maybe your stories could make them happy! Isn't that great? You have enlighten someone's life! Yeayyy! *smile*
My writings are a mixture of happy and sad. And a bit of complaining. Well, hey, nobody is perfect, right? At least I did not hurt anyone!
Life is like a roller coaster. There are ups and downs. I managed to survive up til now by writing on my wailing wall or draw aimlessly on piece of paper. Just to vent out the loads on me.
I hope everyone is good and I pray for your happiness too. Enjoy your life yea. :)
Sweet lil Miss Felly xxx
Bicara Kata
Aku hanya tersenyum
Mampu untuk hanya senyum
Bibir diketam lidah terkelu
Soalannya diutarakan
Mungkin tersedar aku menyepi
Atau mungkin riang berbicara
Sepatah-sepatah kujawab
Berselindung dibalik getaran suara
Agar tiada hati yang terluka.
Monday, 28 December 2015
Sincere enough?
Too sincere to a point of uncovering myself
Showing my deepest flaws
It was an unusual event
Very unusual
I shall remember that day
but was it enough?
Enough to scrape the dirts off the truth?
:)
Double Bond Love
Are tears meant to fall?
Is love meant to be cheated?
or is it meant to be shared with all?
No hearts want to be broken
Neither they want to be cheated
You and me are different
You and them are different
But we ended up being equal
What is the meaning of SPECIAL
When I am equaled?
What is the meaning of ONLY
When there are two?
Rumit
Adakah dia masih meragu
Pada kasihnya yang utuh setia?
Katanya tidak
Namun jelas terpancar dikala bersendirian
Berlaga di akal fikiran
Adakah dia bersedih?
Jawabnya tidak dan dia bergembira sambil berlalu pergi
Tetapi jauh dipenjuru bumi
Kelihatan dia menangis seorang diri
Bersama teman dia gembira
Bersama malam dia berdiam sahaja
Membohong saja pada dirinya
Walhal sukma meggelodak sentiasa
Adakah kau sayang padanya?
Iya katanya
Tetapi kau menderita?
Sepi... tanpa kata
Berperang dengan hati dan realiti
Sukar untuknya mempercayai
Kerna jarang sekali dia silap menilai dan mengerti
Benarkah semudah itu dia melupakannya?
Tentunya tidak
Hati yang terluka
Walau dijahit
Kekal berparut selamanya
Umpama titisan tangisan
Menitis pada helaian kertas
Kering namun kekal berkesan
Tidurlah sayang
Lupakan lukamu
Keringkan airmatamu
Semoga esok kau melakar kisah hidup yang baru
Walaupun berparut ia masih cantik dan kuat sepertimu.
Gina
Siang malam silih berganti
Kasih sayang tiada ganti
Di mana ingin kucari
Si kekasih pujaan hati
Kecil molek berbulu putih kelabu
Lembut manis ramah dan gebu
Setia bersama setiap waktu
Gembiraku tangisku kau ada selalu
Goodbye my lovely Gina
I hope you will be in good hands
Endless love from me to you
Through prayer i will reach you.
Sunday, 8 November 2015
100 Hari
Bertahun menyulam kasih
Ada gembira dan ada sedih
Sudah adat berkasih
Tetap bersama walau penat jerih
Bertelagah kadang menjadi lumrah
Makan diri jika tidak diludah
Amarah dipendam ada juga diluah
Bahagia menanti jika ada yang mengalah
Rancak berbual ketawa senda
Sekali tertidur gunung menggelegak
Pantas tercuit hati yang marak
Alamatnya buruk kadang meletus
Berkayuh jauh ke hujung dunia
Membawa diri bersama rajuk
Rajuk yang parah amat payah dipujuk
Walau dihujung hati tetap menanti si pujaan hati
Resah gelisah bertandang dihati
Menanti yang rajuk pulang ke mari
Harapan yang tinggi didoakan sepi
Agar kembali pulang dan jangan pergi lagi
Kasih yang utuh tiada galang ganti
Rajuk dan sayang menjadi intipati
Semoga kekal selamanya kudoakan dihati
Meniti hari bertemankan puisi
Thursday, 5 November 2015
Love and Hate
It is hard to leave the one you love
It is hard to hate the one you love
It is hard to confess to the one you love
Love is the boundary to all livings
Love is the spirit to all livings
Irony? That is love.
P/S: I do not know what I am typing but this is what my fingers and heart wants to. Hahaha! No motive, just an expression.
Sikap pemandu-pemandu kereta yang amat sengal.
Haiiiiii! Lama benar tak mengomel kat sini yer. Kesian blog ini.
Straight to the point. Merujuk kepada tajuk blog, korang pun mesti dah tahu. Muaahahahaha! Yerrrrr, tentang drebar-drebar di Malaysia. Pemandu kereta kat Malaysia zaman sekarang ni, saya ulang, pemandu kereta zaman sekarang ni majoriti memang teruk. Tak hairanlah dengan peningkatan kadar kematian dan kemalangan jalanraya.
1. TUKAR LORONG TANPA MEMBERI LAMPU ISYARAT
Ini yang bikin panaaaaasssssss. Orang tengah drive elok-elok, datang sebuah kereta dari celah mana entah masuk depan-depan kereta orang. Tak pasal-pasal orang kena break mendadak. Nasib baik kereta belakang tak cium punggung kereta orang. Bahaya okaaaay!2. FAST & FURIOUS MALAYSIA
Bajet-bajeeeeeet hebat la tu, drive laju-laju, tukar lorong macam drifter, berdesap-desup celah-celah kereta orang lain. Itu memang sangat bahaya. How sure are you with the other drivers' speed? Pernahlah kena beberapa kali dengan driver spesis macam ni. Orang baru tekan minyak tiba-tiba ada kereta mencelah laju & lalu menonong macam tuuu je. Nasib baik juga sempat break.3. MAIN HANDPHONE!!!!!
Ni pun spesis yang tak sayang kereta & nyawa. Ada yang jenis bawa laju sambil main handphone. Mata kat mana brooooooo? Mata kat mana sissssss? Kalau nak menggodek handphone tu drive la perlahan & duduk dalam lorong perlahan. Ini tak, drive laju (orang Malaysia zaman sekarang kan drifter tak bertauliah) pastu sambil godek handphone pastu sendiri terkejut bila hampir nak langgar orang pastu tengok driver kereta yang dia hampir nak langgar tu dengan muka tak puas hati. Aikk, salah sendiri pun nak marah orang lain. Pelik sungguh spesis ini.Ada juga spesis yang main handphone pastu bertukar jadi kura-kura. Alahaaaaai, duduk kat lorong kanan pastu main handphone pastu bergerak 1000/kmj. Adoiiiii... Parah. Bila orang lain nak masuk, pandai lak nak tekan minyak biar orang lain tak masuk depan dia. Dah la kura-kura, kedekut plak tu. Tak sedar diri langsung dia tu, kan?
Satu lagi jenis yang main handphone, game la kot, whatsapp pun ya juga sebab pernah nampak, tekun sangat sampai jarak antara kereta dia dengan kereta depan dah sebatu! Hoiii, betul sangat tuuuu. Free-free je bagi orang lain masuk. Tak kesian ke kat orang belakang dia ni yang dah lama beratur.
Kesimpulannya, kesemua perbuatan di atas amatlah merbahaya. Jika bukan kepada diri sendiri tetapi kepada orang lain. Beringatlah ya, kita hidup bermasyarakat. Boleh ke kamu hidup sendiri tanpa bantuan orang lain ataupun Tuhanmu? No man is an island. Ingat ya.
Sekian. Terima kasih.
Wassalaam,
Shalilolililuluuuuu
Wednesday, 22 July 2015
Diam Seribu Bahasa
Nescaya aku tidak akan berdiam seribu bahasa.
Jika tiada hati yang luluh,
Tidak akan jua aku berdiam seribu bahasa.
Jika kebahagiaan bertandang di segenap hati,
Mustahil untuk aku berdiam seribu bahasa.
Jika tiada benak fikiran yang kacau,
Pasti aku tidak akan berdiam seribu bahasa juga.
Ketahuilah
Berdiam seribu bahasa itu adalah sesuatu yang harus digeruni
Ibarat pancaran matahari yang menjalar sepi tetapi membakar segenap ruang
Yang dilimpahi oleh sinarannya
Hangat hingga ke urat sendi.
Maaf... Cinta.
Maaf... Atas segala kekasaranku
Maaf... Atas bicara lewaku
Maaf... Atas tingkahlaku degilku
Maaf... Atas fikiran dan emosiku
Bukan kerana ego
Hanya kerana kucinta.
Thursday, 2 July 2015
Tak Pernah - Fathia Latiff & Shukri Yahaya
Wednesday, 20 May 2015
Berubah Haluan
Rupanya cerah
Kusangkakan sedih
Rupanya gembira
Kusangkakan gelap
Rupanya terang
Ohh,
Kau sudah berubah
Berubah haluan
Yang lebih ceria
Dan lebih perhatian
Tidak mengapa wahai temanku
Aku tetap akan berada disini
Antara mahu atau tidak sahaja
Pergilah ke haluan itu
Semestinya kau lebih bahagia di situ
Sunday, 12 April 2015
Jatuh ditimpa tangga
Kecewa
dan kecewa lagi
Di mana pengakhiran ini
Tidak mampu lagi untuk memaut
pada dahan kesabaran
Sedih tidak tertahan
Pengertian bagai menghilang
hilang bersama angin
yang sentiasa bertiupan
membawa bersama kebencian
Agar manusia sentiasa mencuba
bermaafan dan
berkasih-sayang.
Sunday, 22 February 2015
Cinta dan Benci
Wahai Cinta, apa kau masih berdiri di sini?
Wahai Benci, aku menunggu cinta hatiku.
Wahai Cinta, bazir sahaja masa kau menanti.
Wahai Benci, tiada apa yang membazir jika demi cinta.
Wahai Cinta, memang benar cinta itu buta. Buta seperti kau! Tidak nampak kebenaran hanya kerana cinta.
Wahai Benci, apa selayaknya aku terima ucapan yang busuk sedemikian?
Wahai Cinta, kau menunggu pada yang tiada, yang tidak pasti. Bukankah itu buta?
Wahai Benci, kaulah yang buta. Cinta itu ada di dalam setiap jiwa. Namun, hadirnya benci yang membutakan hati. Mengaburi cinta yang indah.
Istiqamah
Nafas dihembus berkali-kali
Menyuarakan isi hati
Membentak di dalam diri
Perasaan apakah ini?
Benci ditolak ketepi
Namun amarah tiada henti menghampiri
Jangan mengalah wahai diri
Kau punya Tuhan
Istiqamah
Bersabarlah
Dia lebih mengetahui
Maha Mengetahui
Ada hikmah disebalik semua ini.
Thursday, 5 February 2015
Tuesday, 3 February 2015
Terhakis
Maaf, angkara aku semuanya.
Aku yang mencari hak diri
Dan dia terkena tempiasnya
Dia
Peneman setia
Aku?
Pengembara
Di dalam kembara kehidupan dan kebebasan
Memberontak
Gayanya
Mungkin iya
Tetapi bukan yang kumaksudkan
Biarlah terhakis sedikit
Demi kebenaran yang besar
Maaf
Jika cederanya kasar
Hakisan yang terdapat padaku
Ternyata lebih daripada itu
Sedia maklum ianya kesan kekal
Kekal juga ia di dalam hatiku.
Monday, 2 February 2015
Fikiran melayang...
Aku
Lumrah manusia
Lalai ketika bergembira
Melupakan
Atau terlupa
Akan tanggungjawab yang dipikulnya
Jelek
Aku melihatnya
Parah
Aku merasanya
Apakah itu norma seorang lelaki?
Atau aku yang mudah terasa hati?
[ketawa kecil]
Mudahnya lelaki bergembira
Mudah juga lelaki alpa
Pada keseronokan dunia
Pada kecantikan dunia
Aku?
Kemam segala kata
Dan telan...
Sehabis daya.
Sunday, 25 January 2015
Perkhabaran yang singkat.
Hai
Apa khabar?
Family okay?
Apa cerita sekarang?
Apa plan lepas ni?
Nanti lepak sama keyh?
Roger awal-awal tau.
Kirim salam semua.
Jumpa lagi, InsyaAllah.
Thursday, 22 January 2015
Kasih yang terlepas?
Utuh pada setiap detik terpisah
Yakin pada setiap tutur kata
Namun
Semuanya termati sudah
Kasih yang terlepas?
Atau dilepaskan?
Yang tentunya
Kau sudah menjadi milik orang.
Takdir yang menemukan kita
Takdir juga yang memisahkan kita.
Takdir milik Ilahi.
"Goodbye my lover, goodbye my friend, you have been the one, you have been the one for me..."
- James Blunt
Wednesday, 21 January 2015
Produk kecantikan: Produk Tempatan VS Produk Luar Negara
Friday, 16 January 2015
Keinginan yang benar?
Inikah yang aku perlukan?
Inikah yang aku mahukan?
Sudah tentu jawapan kepada semua soalan di atas ialah TIDAK.
Puas sudah dipertahankan
Sudah berikat dan bertanda
Namun hanya kosong bertamu di dada
Masih adakah ruang untuk menyulam?
Masih adakah masa untuk berasa?
Jalan... Dan tetap berjalan
Tidak perlu menoleh
Terus maju ke hadapan.
Tercari
Kosong
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
Kosong