PHONELESS DAY TODAY ! ! !

Oleh itu, berduduk saya disini, menaip kerana bosan sebab tak boleh menaip di HP (handphone a.k.a. telefon bimbit). Shortform sudeyyyy. Dah nak keluar lebuhraya Sungai Besi baru perasan HP tertinggal. Di kesempatan ini, ingin saya merakamkan jutaan terima kasih kepada diri saya sendiri kerana berjaya untuk hidup tanpa HP. Tahniah!!
Terdapat banyak kelebihan hidup tanpa HP. Diantaranya ialah:
Ketenangan. Memang tersangatlah aman damai hidup ini. Kalau tak, sikit-sikit kena tengok HP kot-kot la ada yang mesej atau telefon. Tak perlu risau. Berjalan je tanpa ragu. Hahaha!
Next! Kurang gangguan kerja. Kalau ada HP, sikit-sikit tengok media sosial. Padahal takde kena-mengena pun. Bila dah mula baca sikit, maka, terus bersambung membaca. Baca post ler. Bukan baca kerja PDF file kat PC. huhuhu... Tahu.. Tahu.. memang point atas ni dengan point ni lebih kurang.
Realiti. Nampak dengan jelas realiti di sekeliling. Kalau tak, dok mengadap HP je lerrrr. Ada la juga jenguk-jenguk tempat lain tapi fikiran tetap ke HP. Hahaha!
Simple. Hidup terasa mudah. Straightforward. Apa yang ada di depan mata, itulah perkara yang anda perlu lalui. Tak perlu fikirkan sesiapa untuk telefon atau mesej. Tak perlu ambil gambar untuk tunjuk pada semua. Tak perlu check-in untuk memberitahu tahu rakan-rakan anda tentang lokasi semasa. Bla bla bla ~
Berkomunikasi dengan betul. Bukannya sebelu ini tidak betul cuma kita dapat berinteraksi dengan orang lain dengan lebih 'real'. Kita bercakap dan mengunakan 'emoji' dengan betul, selari dengan perasaan. Bukannya buatan yang boleh diubah setiap masa. Komunikasi juga menjadi 'real-time'. Tak perlu tunggu lama dan menyakitkan hati.
Kesimpulannya, kehidupan ini amatlah manis. Letak ketepi alat elektronik anda dan nikmatilah kemanisan hidup ini. Hidup juga mudah dan tiada batasan. Kita yang membina tembok dan jurang dengan adanya alat elektronik.
Sekian. Terima kasih.

Wassalaam.
Tertinggal Hp menunjukkan anda makin berusia....tp cerita yang cantik untuk mengcover....ngeh ngeh ngeh.
ReplyDelete