Assalamu'alaikum w.b.t.
Okehhh, sambungan daripada post sebelum ini, berkenaan dengan lagu-lagu Indonesia dan lain-lain yang berbahasa Melayu/Indonesia.
Sebuah band yang amat saya suka sejak kali pertama saya diperkenalkan kepada lagunya. DYGTA! Tidak ramai yang tahu akan kewujudan band ini. Boleh dikatakan underground punya band. Lagu yang saya suka dan tak pernah lupa ialah Cintamu. Diperkenalkan oleh roommate saya di zaman universiti (matrikulasi). Sekarang beliau baru sahaja menjadi isteri. Alhamdulillah. Ramai lagi sahabat yang sudah bernikah. Oleh sebab itu, saya terjangkit untuk mendengar lagu-lagu yang romantis. Diantara lagu yang bakal dinyatakan di sini mungkin juga boleh dimasukkan sebagai wedding theme. Kan kan kan?
Seterusnya, lagu Hanya Dirimu oleh Dygta juga. Lagu Dygta rentaknya perlahan. Kalau anda kurang gemar rentak yang sedemikian, makanya saya tidak cadangkan anda untuk mendengarnya. But you can give it a try. No harm trying. :)
Next! Lagu ni tak sesuai untuk majlis perkahwinan walaupun rentaknya sangat menarik. Hahaha! Sesiapa yang dah pernah putus, ni lagu yang positif. Hahahaha! Ku Merindukanmu oleh Dygta.
Lagu ni pula untuk pasangan yang pernah bercinta dan kini telah pun meneruskan hidup masing-masing tapi keduanya masih sayang. Awwwww... so sad. Meh dengar sama-sama. Cinta Sejati oleh Dygta. Harap-harap pasangan / bakal suami saya takde perasaan terhadap mantan-mantannya ya. *Note to myself too.
Lagu yang seterusnya ialah lagu yang sangat manis dan romantis. Tak jemu dengar lagu ni. Perkenalkan... Kau Tercipta oleh Lah V.E. I would smile all day and all the time listening to this song. Takde sesiapa pun dedicate lagu ni ya. Takde kaitan dengan sesiapa. It is just a wonderful song. Errr... Nak buat lagu majlis boleh? Heeeee~ :P
Oklah, nak sambung buat kerja. Nanti update lagi.
Anugerah Terindah Yang Pernah Ku Miliki oleh SO7. Sbb lagu ini yang membuat aku melakat pada karya Indonesia dari akhir 90an....
ReplyDeleteok wangi.u nak pasang lagu apa pun boleh.
ReplyDelete