Redakanlah ledakan itu,
Biarlah,
Biar ia berlalu pergi.
Kepada hati yang sayu,
Keringkanlah kesedihan itu,
Sesungguhnya,
Telah banyak yang mengalir membisu.
Kepada hati yang lemah,
Beristiqamahlah pada yang benar,
Kerna,
Kau tahu apa yang sahih.
Kepada hati yang layu,
Bersiramlah dengan benih ketabahan,
Kerna,
Tabah itu adalah dirimu sedari dulu.
Kepada hati yang keliru,
Wahai sayangku,
Ketahuilah,
Selayaknya kau perlu tahu setakat itu.
Jangan difikirkan dunia
Penuh pancaroba
Persoalan ganas meragut minda
Mencantas kewarasan fikiran
Merampas kekuatan hati
Melemaskan diri
Abaikan parasit-parasit
Kotor dan jijik
Menghinggap di hati
Menitikhitamkan sanubari
Membasahkan kelopak mata
Mengecamukkan minda
Kau bunga yang cantik
Mekar menyeri harum semerbak
Teguh berdiri bijak bestari
Teruslah membunga
Terbang ke awan
Mencari syurga...
Ma fi qalbi ghairullah.
Ini tulisan yg terbaik setakat ini. Keep it up
ReplyDeleteTerima kasih diatas komen yang memberangsangkan.
Deletesemua pun bagus.teruskan love
ReplyDelete