Saturday, 23 November 2013

Wajah

Merenung segenap wajahmu,
Mengingatkanku akan episod ceritera kita,
Sedari awal hingga kini,
Tak pernah putus mencintai dan menyayangi,
Meskipun pelbagai pancaroba yang perlu diharungi,
Namun, kita tetap teguh bersatu dan kita jitu berdiri.

Satu persatu kunilai...

Dahi
berpeluh menitik jernih
untuk setiap kudrat usahanya kepadaku
berkerut kerna sentiasa memikirkan lagatku

Kening
terukir halus persis umminya
kacak dan kemas
umpama kasih dan sayangnya

Mata
redup dan tenang
penuh dengan keikhlasan
sentiasa menjaga dan memerhatiku

Hidung
mancung dan lembut rupanya
menghirup aromaku
menyimpan kemas di dalam ingatannya

Bibir
setia menghadiahkan senyuman
membuatku tersipu gembira
berbalas dan sentiasa dibalas


-----



1 comment:

  1. I want to be just like him...huhu. Still waiting for the rest of YOU...Bila nk sambung

    ReplyDelete