Thursday, 19 September 2013

Daripadaku Kepadaku

Wahai Mata,
Lihatlah yang baik-baik sahaja kerana yang buruk itu ada di mana-mana.
Carilah yang baik-baik sahaja kerana yang buruk itu sentiasa muncul tiba.

Wahai Telinga,
Dengarlah yang baik-baik sahaja kerana yang buruk itu senantiasa berkumandang.
Pilihlah yang baik-baik sahaja kerana yang buruk itu selalu menjadi sebutan.

Wahai Jasad,
Kuatkanlah zahirmu kerana dugaan dan cabaran sentiasa datang menimpamu.
Teguhkanlah tulang-temulangmu agar tetap menjadi tiang yang tidak pernah patah mahupun goyah.

Wahai Hati,
Kau punya kuasa yang amat besar di dalam diri ini. Maka,
Jagalah dirimu dari dimasuki hasutan Syaitan nirrajim
Kerana kau mampu mengubah dari yang baik ke yang buruk dan sebaliknya.

3 comments: