Assalamualaikum
Topik post ni agak sinonim dengan apa yang kita dapat lihat di sekeliling kita sekarang.
Cuba anda berdiri di satu tempat. Satuuuu je. Dan lihat keliling anda. Ada je perempuan-perempuan yang pakai tudung tetapi memakai baju yang berlengan pendek. Ada je yang pakai dengan seluar ketat tapi takpe. Sekarang kita fokus pada baju dahulu ya kawan-kawan.
Pada pendapat saya, bila seseorang tu memakai tudung, secara automatiknya dia akan memakai baju yang berlengan panjang. Ya tak? Atau anda rasa tidak? Takpe, ni pendapat saya. Saya rasa mereka tahu yang menutup aurat tu bermaksud memakai baju berlengan panjang. Standard la tu kan. Isu ketat tu satu hal gak tapi secondary la wat masa ni. Ni bab tutup kulit yang perlu diselesaikan dulu. Ya, saya faham menutup aurat & kelonggaran pakaian kedua-duanya sama penting tapi kita perlu bagi mereka faham tentang penutupan tu dulu. Selesaikan satu persatu.
Saya rasa sangat pelik melihat perempuan-perempuan macam tu. Takkan tak faham konsep bertudung? Peliknya. Kalau tak pakai tudung tu lain cerita la. Nak pakai long-sleeve atau short-sleeve pun takde orang nak pertikaikan sangat. Ni dah terang lagi bersuluh. Ada yang lagi best... Pakai tudung tapi pakai baju yang lengannya sangat pendek, pendek macam hampir-hampir takde lengan... & pakai leggings! Ketat & senteng yawwww! Ya Rabbi. I was so speechless. I was like "whaaaaaaaatt?"
Haha! Pelik kan? Mungkin mereka pakai tudung sebab fesyen. Iya, saya faham. Tudung sekarang kan banyak yang cantik & ada banyak pilihan warna. Saya pun faham, ada manusia fikir yang pakai tudung lagi penting daripada jenis baju. Yang penting tutup rambut. Itu pemikiran mereka. Saya tak tahu la dari mana mereka dapat idea untuk pakai tudung tetapi berbaju lengan pendek. Kalau orang yang kerja restoran atau tempat-tempat yang messy & dirty tu, saya faham la mereka berbaju lengan pendek & ada yang berbaju lengan panjang tapi mereka sinsing sebab leceh. Kadang-kadang orang yang cuci pinggan sinsing baju dia sebab asyik tercelup dalam air. Faham la juga. Kerja belakang tabir. Agak reasonable but that actually should not be an issue. Pandai-pandailah adjust lengan tu. Hehe. Saya pun ada gak sinsing lengan tapi tak tinggi la, setakat tak melurut & tak membatas pekerjaan saya.
Tapi tu la. Saya memang sangat tak puas hati dengan perempuan yang bertudung tapi berlengan pendek. Best sangat ke? Tak rasa macam kekurangan sesuatu? Tak rasa malu? Tutup kepala tapi tak tutup lengan. Macam orang pakai seluar tapi tak berbaju. Macam tu la yang saya rasa. Malu sangat. Rupa pun pelik.
Susah sangat nak berbaju lengan panjang? Tak panas pun. Kalau panas, carilah kain yang kurang tebal tapi tak jarang. Ada gak manusia-manusia yang berbaju nipis sampai boleh nampak bra. Aiyaaarrrkkk! Malu beb. Warna-warni pula tu. Heiishh...
Bila kita dah bertudung, kita perlu ambil kira tentang penutupan aurat sepenuhnya. Kita membawa nama Islam & imej Islam. Saya dulu pun tak pakai tudung tapi tak seksi la. Style sempoi je. Pakai jeans & t-shirt. Tak ketat pun. Tapi sejak masuk ke universiti yang berasaskan Islam, saya rasa saya perlu membawa nama Islam dengan penuh berhati-hati. Orang expect saya bertudung & menutup aurat sepenuhnya. Jadi, di situ, saya dah dapat rasa yang saya bertanggungjawab untuk membawa nama universiti saya sebaik mungkin.
Macam tu gak la dengan orang yang bertudung. Bila bertudung, pakailah pakaian yang selari dengannya. Janganlah pakai t-shirt & pakaian yang ketat. Nanti orang salah anggap. Nanti Muslimah yang naif & orang-bukan Islam akan fikir "Ohhh, macam ni la gaya. Bleh pakai tudung dengan baju lengan panjang atau pendek." Jadi, dari situ saja orang dah bleh dapat persepsi yang salah tentang Islam. Bila seorang buat, yang lain pasti akan ikut. Kan?
Jadi, kita perlu membawa nama Islam & imej Islam sebaik-baiknya kerana daripada kitalah orang-orang yang bukan Islam dapat belajar tentang gaya hidup & imej seorang Muslimah. Siapa lagi yang dapat didik mereka kalau bukan kita. Betul?
Marilah kita sama-sama mendidik para Muslimah di luar sana dengan cara yang benar. Betulkan mana yang salah. Jangan malu untuk berubah atau mengubah. Kita berada di jalan yang benar. Siapa yang mencaci atau cakap yang tutup aurat sungguh-sungguh tu kuno, itu tandanya mereka jahil atau kurang diajar atau pura-pura berlagak moden sebab takut dikira tak trendy. Pooooodaahhh! Haha!
Pasni, pakai tudung & berbaju lengan panjang ya kawan-kawan. Jangan lupa, pakai pakaian yang longgar juga. Atleast, tertutup gak lemak-lemak tepu di badan tu. Hehe.
-END-
No comments:
Post a Comment