Sunday, 22 February 2015

Cinta dan Benci

Wahai Cinta, apa kau masih berdiri di sini?

Wahai Benci, aku menunggu cinta hatiku.

Wahai Cinta, bazir sahaja masa kau menanti.

Wahai Benci, tiada apa yang membazir jika demi cinta.

Wahai Cinta, memang benar cinta itu buta. Buta seperti kau! Tidak nampak kebenaran hanya kerana cinta.

Wahai Benci, apa selayaknya aku terima ucapan yang busuk sedemikian?

Wahai Cinta, kau menunggu pada yang tiada, yang tidak pasti. Bukankah itu buta?

Wahai Benci, kaulah yang buta. Cinta itu ada di dalam setiap jiwa. Namun, hadirnya benci yang membutakan hati. Mengaburi cinta yang indah.

Istiqamah

Nafas dihembus berkali-kali
Menyuarakan isi hati
Membentak di dalam diri
Perasaan apakah ini?
Benci ditolak ketepi
Namun amarah tiada henti menghampiri

Jangan mengalah wahai diri
Kau punya Tuhan
Istiqamah
Bersabarlah
Dia lebih mengetahui
Maha Mengetahui

Ada hikmah disebalik semua ini.

Thursday, 5 February 2015

Tuesday, 3 February 2015

Terhakis

Adakah perasaan suka mereka sudah terhakis?
Maaf, angkara aku semuanya.
Aku yang mencari hak diri
Dan dia terkena tempiasnya

Dia
Peneman setia

Aku?
Pengembara
Di dalam kembara kehidupan dan kebebasan

Memberontak
Gayanya
Mungkin iya
Tetapi bukan yang kumaksudkan

Biarlah terhakis sedikit
Demi kebenaran yang besar

Maaf
Jika cederanya kasar
Hakisan yang terdapat padaku
Ternyata lebih daripada itu

Sedia maklum ianya kesan kekal
Kekal juga ia di dalam hatiku.

Monday, 2 February 2015

Fikiran melayang...

Biasa
Aku

Lumrah manusia
Lalai ketika bergembira

Melupakan
Atau terlupa
Akan tanggungjawab yang dipikulnya

Jelek
Aku melihatnya

Parah
Aku merasanya

Apakah itu norma seorang lelaki?
Atau aku yang mudah terasa hati?

[ketawa kecil]

Mudahnya lelaki bergembira
Mudah juga lelaki alpa
Pada keseronokan dunia
Pada kecantikan dunia

Aku?

Kemam segala kata
Dan telan...

Sehabis daya.