Sunday, 25 January 2015

Perkhabaran yang singkat.

Assalamu'alaikum
Hai
Apa khabar?
Family okay?
Apa cerita sekarang?
Apa plan lepas ni?
Nanti lepak sama keyh?
Roger awal-awal tau.
Kirim salam semua.
Jumpa lagi, InsyaAllah.

Thursday, 22 January 2015

Kasih yang terlepas?

Kasih yang dikait pada setiap pertemuan
Utuh pada setiap detik terpisah
Yakin pada setiap tutur kata
Namun
Semuanya termati sudah
Kasih yang terlepas?
Atau dilepaskan?
Yang tentunya
Kau sudah menjadi milik orang.

Takdir yang menemukan kita
Takdir juga yang memisahkan kita.
Takdir milik Ilahi.

"Goodbye my lover, goodbye my friend, you have been the one, you have been the one for me..."
- James Blunt

Wednesday, 21 January 2015

Produk kecantikan: Produk Tempatan VS Produk Luar Negara

Assalamu'alaikum w.b.t.

Post hari ini adalah berkenaan dengan produk kecantikan buatan tempatan dan luar negara.

Tempatan =  jika anda orang Malaysia, maka produk tempatan ialah produk buatan Malaysia.

Ramai orang tak percaya dan tidak yakin dengan produk tempatan kerana kualitinya, rupanya dan hasilnya. Saya akui memang ada sesetengah produk tempatan mempunyai pembungkusan yang kurang menarik. Mungkin kerana kekurangan dana untuk mereka rupa yang lebih canggih. Banyak yang saya lihat pembungkusannya ringkas dan ala kadar. Walau bagaimanapun, zaman sekarang ramai yang sudah celik IT dan tahu untuk mereka design yang lebih moden dan terkini.

Kualiti produk tempatan masih belum memuaskan hati ramai penduduk Malaysia. Ramai yang masih memilih produk buatan luar negara kerana percaya dan yakin akan kualitinya. Ini juga melibatkan rupa sesebuah produk. Jika bekasnya cantik, ramai yang lebih tertarik tanpa mengambil kira kualitinya. Namun begitu, penduduk Malaysia masih berpegang kepada pemakanan jamu untuk kesihatan dari dalam dan kecantikan menggunakan bahan-bahan asli semulajadi. Ini kerana, mereka dapat melihat kandungan sebenar sesuatu jamu itu. Kekurangan tarikan kepada jamu ialah kerana konsepnya yang kuno dan pengguna jamu dikatakan ketinggalan zaman. Saya okay jeeee. Kalau dapat guna bahan tradisional, lagi bagus.

Ada juga manusia yang hanya akan membeli produk komersial iaitu produk yang sudah ternama di pasaran kerana mereka sudah percaya akan kualitinya. Pada pendapat saya, belum tentu produk ternama lebih berkesan. Kadang-kadang sesuatu produk menjadi terkenal akan pembungkusannya dan teknik pemasaran. Kualitinya? Biasa saja.

Kesimpulannya, gunalah produk tempatan kerana ramai pengilang yang menggunakan peratus ekstrak tumbuhan yang tinggi di dalam produk mereka.

Sekian.

Friday, 16 January 2015

Keinginan yang benar?

Inikah yang aku inginkan?
Inikah yang aku perlukan?
Inikah yang aku mahukan?
Jika hati berasa kosong
Sudah tentu jawapan kepada semua soalan di atas ialah TIDAK.
Puas sudah mempertahankan
Puas sudah dipertahankan
Sudah berjumpa di depan mata
Sudah berikat dan bertanda
Namun hanya kosong bertamu di dada
Masih adakah ruang untuk menyulam?
Masih adakah masa untuk berasa?
Caraku mudah sahaja
Jalan... Dan tetap berjalan
Tidak perlu menoleh
Terus maju ke hadapan.

Tercari

Kosong
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
Kosong