
Monday, 15 December 2014
Perjumpaan yang menusuk kalbu
Ni nak bercerita sikit tentang pengalaman hari ni. Tadi baru kena setepek kat muka bahawasanya orang kerja Admin memang tak tahu apa-apa tentang produk syarikat. Orang kerja Admin tak pandai buat apa-apa melainkan kerja Admin iaitu documentation, filing dan sebagainya.
Alkisahnya, ada seorang pemilik syarikat yang datang dan beliau telah membuat temujanji. Saya pula baru kekurangan tenaga pekerja. Makanya, saya terlupa untuk membuat pembentangan produk dan membariskan sampel produk saya kepada beliau. Beliau duduk dan bertanya serta berlagak seperti seorang bos (memang betul pun dia bos tapi di syarikat dia sahaja). Saya yang agak gugup dan cuak tetapi cuba sedaya upaya untuk tidak kelihatan cuak. Kemudian, beliau mula bertanya dan saya cuba membuka cerita dalam keadaan mesra tetapi beliau membalas dengan pelbagai soalan sinis. Bukan soalan tentang produk saya tetapi tentang syarikat dia. Ahaaaa... Mulai itu, saya dapat rasakan bahawa beliau cuba menguji skill saya sebagai seorang so-called Marketer (bak kata dia, orang Marketing sahaja yang patut bercakap dan bukan orang Admin. Masalahnya, semua pekerja ialah marketer di sini). Mungkin pekerja Marketing beliau jauh lebih bagus daripada kami. Saya tahu bahawa seorang pegawai pemasaran yang bagus ialah yang tahu latarbelakang penggunanya dan saya akui bahawa research saya masih belum sempurna semasa kedatangan beliau. Selepas itu, beliau juga menanyakan apakah jawatan saya dan menyatakan syarikat ini tiada Marketer di dalam intonasi dan mimik muka yang kurang menyenangkan. *sabar je la*
Seperkara lagi, cara beliau yang amat sinis dan berfikiran seperti beliau sahaja yang bagus, membuat saya terfikir bahawa ini juga berlaku apabila saya berkomunikasi dengan seorang lelaki. Saya dapat rasakan ada sedikit penindasan kepada saya. Oleh kerana beliau ada seorang pemilik, seorang yang berumur dan seorang lelaki, saya percaya beliau merasakan bahawa beliau adalah yang berkuasa dan jauh lebih berkuasa daripada saya iaitu seorang pemilik, seorang yang muda dan seorang perempuan. Hanya kerana saya yang membuka pintu pagar dan menyambut beliau seperti seorang penyambut tetamu dan jawatan saya, adakah saya layak menerima layanan sebegini?
Hasil daripada temujanji ini, saya dapati bahawa beliau seorang yang mementingkan kesempurnaan dan amat strict di dalam apa yang beliau lakukan. Oleh kerana itu, perniagaannya lebih berjaya.
Walau bagaimanapun, kita seharusnya mempunyai toleransi apabila berkomunikasi dengan orang lain, apatah lagi sesama manusia, sesama warganegara, sesama agama dan sesama bangsa. Tiada manusia yang sempurna. Maafkanlah sekiranya terdapat kekurangan. Jangan kerana kamu jauh lebih lebih daripada seseorang maka kamu berhak untuk memburuknya?
Seminggu yang lalu, saya mempunyai seorang tetamu yang berwarganegara Bangladesh. Beliau telah menetap di Malaysia sudah hampir 20 tahun lebih dan fasih berbahasa Melayu. Beliau amat baik hati walaupun soalannya kadang-kala disalah erti. Beliau mempunyai syarikatnya sendiri di sini dan perniagaan perkongsian yang banyak. Mengapa banyak berkongsi? Ini kerana beliau seorang yang suka menghulurkan bantuan tidak mengira bangsa. Beliau banyak memberikan modal dan menaikkan sebuah syarikat tetapi beliau hanya akan mengmbil 1-4% daripada keuntungan syarikat-syarikat tersebut. Kini, beliau banyak mengeluarkan produk untuk dijual kepada orang Bangladesh di sini. Semasa beliau ingin pulang, beliau sanggup menaikki tangga semata-mata untuk mengucapkan selamat tinggal dan melambaikan tangan kepada saya. Saya amat terharu. A simple yet nice gesture of him.
Lihatlah perbezaan dua orang diatas ini. Berbeza sekali. Sama-sama usahawan yang berjaya tetapi perwatakan dan pemikiran yang berbeza. Fikir-fikirkanlah. Sepatutnya, kita sesama Melayu membantu menjaya perniagaan sesama Melayu dengan mengadakan kolaborasi dan memberi bantuan untuk membantu sesebuah perniagaan. Bukan hanya menghina atau menjatuhkan perniagaan seseorang. Sekiranya dikritikan diberi bersama cadangan dan kata membina, itu yang sebaiknya. Di dalam Islam sudah dinyatakan untuk bercakap dengan baik, berkelakuan baik, hormat-menghormati, saling membantu dan banyak lagi.
Sekian. Terima kasih.
Friday, 12 December 2014
Expression
12/12/2014
I don't know what to write but I really feel I need to write.
Terlalu stress sehingga rasa nak menangis
Terlalu stress sehingga migraine
Terlalu stress sehingga rasa nak mati
Tapi
Kalau aku mati, aku yang rugi
Belum cukup berbakti
Belum cukup sedia untuk diadili
Di padang Mahsyar nanti.
Apalah nasib ini
Serba tidak kena, itu ini
Urat dikepala berselirat
Menjadi tegang dan ketat
Takut aku dibawaNya
Risau aku akan hukumanNya
Jangan suruhku untuk bersabar lagi
Jangan suruhku untuk berdoa lagi
Bukannya aku dah menyampah
Cuma memang itu yang aku buat setiap hari
I just need more options to project my stress and anger
If only I have an angel
To stand by me and be my listener and advisor
Aku sekarang dah tidak tahu untuk membuat apa
Mengeluh sentiasa untuk menghembus keluar amarah ini
Ini tidak baik sama sekali
Bagaikan kebahagiaan tiada lagi
Hadirlah wahai cahaya dan kegembiraan
Masuklah dan jelmalah dihadapanku
Aku amat memerlukanmu
Hindarilah diri ini daripada segala keburukan
Taburkanlah benih ketabahan dan keyakinan
Untukku tempuhi kehidupan ini.
Tuesday, 2 December 2014
Versus



