Monday, 29 September 2014

Dingin yang Tenang

Mendaki bukit yang tinggi,
Melihat kehijauan yang menenangkan,
Ya, itulah tujuan kita,
Meninjau kehidupan si Asli
Madu, kayu, buah-buahan, lata dan kelapa,
Kita merakam bersama,
Dan terus mendaki
ke puncak yang bukan tertinggi
Namun cukup untuk menggembirakan diri
Setibanya di destinasi
Hujan menimpa bertalu-talu
Sejuk membeku...

Berjalan melalui laluan yang semakin sejuk
Tidak mengapa, kau sentiasa ada
Hangat tubuhmu melindungiku
Dari kaku laku dan ucapan yang tidak keruan
Hujan masih bersama
Dan engkau tetap setia
Ke pasar malam yang dulu penuh dan meriah
Mungkin kini sedikit pudar kerana hujan
Mencari hirisan jambu epal
Sedihku kerna tiada temu...

Perjalanan mencapai separuh
Hari yang indah merakam pelbagai kerenah
Berkaca mata hitam, berpakaian abu-abu
Melangkah ke destinasi yang baru
Banyak 'sulking' daripada 'picking'
Tuhan yang Maha Berkuasa
Bijak menjernihkan keadaan semula
Membenihkan rasa sayang dan cinta
Umpama tumbuhan di bukit sana
Menjelang gelap, hujan kembali membasahi
Dingin  dingin dingin,
Hingga ke larut malam
Dibuai mimpi...

Sayang sudah berakhir pengembaraan
Lekas mengemas barang
Mesti hati masih keberatan
Menuruni bukit
Dari dingin ke suam
Inginku ke sana lagi
Melakar memori yang indah sekali
Agar menjadi teman di malam hari
Sebelum aku dibuai mimpi...

Terjaga.
Terasa masih bersama,
Terasa hangatnya
Teringat indahnya


Thursday, 18 September 2014

Hari Tanpa Telefon Bimbit

Assalamu'alaikum w.b.t. dan selamat tengahari kepada pembaca semua.



PHONELESS DAY TODAY ! ! !



Hari ini saya tertinggal telefon bimbit di rumah kerana ianya sedang dicas di sebuah plug point yang agak tersorok. Memang dah terdetik yang ianya mungkin akan tertinggal tapi maca biasa, kena berfikiran positif (and taking risk). Muahahaha!

Oleh itu, berduduk saya disini, menaip kerana bosan sebab tak boleh menaip di HP (handphone a.k.a. telefon bimbit). Shortform sudeyyyy. Dah nak keluar lebuhraya Sungai Besi baru perasan HP tertinggal. Di kesempatan ini, ingin saya merakamkan jutaan terima kasih kepada diri saya sendiri kerana berjaya untuk hidup tanpa HP. Tahniah!! 

Terdapat banyak kelebihan hidup tanpa HP. Diantaranya ialah:

Ketenangan. Memang tersangatlah aman damai hidup ini. Kalau tak, sikit-sikit kena tengok HP kot-kot la ada yang mesej atau telefon. Tak perlu risau. Berjalan je tanpa ragu. Hahaha!

Next! Kurang gangguan kerja. Kalau ada HP, sikit-sikit tengok media sosial. Padahal takde kena-mengena pun. Bila dah mula baca sikit, maka, terus bersambung membaca. Baca post ler. Bukan baca kerja PDF file kat PC. huhuhu... Tahu.. Tahu.. memang point atas ni dengan point ni lebih kurang.

Realiti. Nampak dengan jelas realiti di sekeliling. Kalau tak, dok mengadap HP je lerrrr. Ada la juga jenguk-jenguk tempat lain tapi fikiran tetap ke HP. Hahaha!

Simple. Hidup terasa mudah. Straightforward. Apa yang ada di depan mata, itulah perkara yang anda perlu lalui. Tak perlu fikirkan sesiapa untuk telefon atau mesej. Tak perlu ambil gambar untuk tunjuk pada semua. Tak perlu check-in untuk memberitahu tahu rakan-rakan anda tentang lokasi semasa. Bla bla bla ~

Berkomunikasi dengan betul. Bukannya sebelu ini tidak betul cuma kita dapat berinteraksi dengan orang lain dengan lebih 'real'. Kita bercakap dan mengunakan 'emoji' dengan betul, selari dengan perasaan. Bukannya buatan yang boleh diubah setiap masa. Komunikasi juga menjadi 'real-time'. Tak perlu tunggu lama dan menyakitkan hati.

Kesimpulannya, kehidupan ini amatlah manis. Letak ketepi alat elektronik anda dan nikmatilah kemanisan hidup ini. Hidup juga mudah dan tiada batasan. Kita yang membina tembok dan jurang dengan adanya alat elektronik.

Sekian. Terima kasih.





Wassalaam.







Sunday, 7 September 2014

Aku?

Eh eh
Dia sedang berkata-kata
Kepada siapa? Aku?
Entahlah. Tak tahu.

Jangan marah jika tidak berbalas
Jangan ditunggu jika nama masih kelabu
Aku tidak faham lagumu. 

Monday, 1 September 2014

Memang Aku

Memang aku!
Aku seorang yang rasa
Aku seorang yang selalu rasa
Aku seorang yang tunggu
Aku seorang yang selalu tunggu
Aku seorang yang sabar
Aku seorang yang selalu sabar
Aku seorang yang makan hati
Aku seorang yang selalu makan hati

Sick life. Damn freaking sick! Full of sickos!

Bila kupergi, asyik dipanggil kembali.
Bila sudah kembali, pula usir pergi.
Katanya cinta tapi di mana di realiti?
Apakah hanya dusta di akhir zaman ini?
Apa ertinya merdeka jika hati masih terkurung, dipenjara oleh duri.

Lari lari dan teruslah berlari.
Siapakah engkau di sini?
Salah tempat, salah berdiri.
Menumpang kasih tidak sedar diri!

Sickoooooos! Urgghhhh!

℃℃℃℃℃℃℃℃℃℃℃℃℃℃
Sekian coretan hati pada malam ini. Ni lah masalahnya klu xde kawan. Xde org utk dibawa bercerita. Oh lupa, dunia ni ramai freaksss. Damn too many until it becomes hard to even recognise one.