Tuesday, 24 September 2013

Thursday, 19 September 2013

Rosak

Handphone ku rosak
Aku tersesak
Terpaksaku survey handphone-handphone
Terpaksaku laburkan wang ringgit
Demi menyambung pernafasanku di dunia yang serba canggih ini.

Bukan niatku untuk merosakkanmu
Bukan niatmu untuk merosakkan dirimu
Hanya kerana sudah tiba waktunya untuk menukar kepada yang baru.

Hahahaha! Merepek sebab takleh buat apa2. Bleh cakap melalui blog je.

Rindunya saya pada mereka-mereka yang selalu saya berhubung. Korang jangan marah. Hp saya rosak. Kena tunggu sampai beli hp baru.

Sekian.



Daripadaku Kepadaku

Wahai Mata,
Lihatlah yang baik-baik sahaja kerana yang buruk itu ada di mana-mana.
Carilah yang baik-baik sahaja kerana yang buruk itu sentiasa muncul tiba.

Wahai Telinga,
Dengarlah yang baik-baik sahaja kerana yang buruk itu senantiasa berkumandang.
Pilihlah yang baik-baik sahaja kerana yang buruk itu selalu menjadi sebutan.

Wahai Jasad,
Kuatkanlah zahirmu kerana dugaan dan cabaran sentiasa datang menimpamu.
Teguhkanlah tulang-temulangmu agar tetap menjadi tiang yang tidak pernah patah mahupun goyah.

Wahai Hati,
Kau punya kuasa yang amat besar di dalam diri ini. Maka,
Jagalah dirimu dari dimasuki hasutan Syaitan nirrajim
Kerana kau mampu mengubah dari yang baik ke yang buruk dan sebaliknya.

Wednesday, 18 September 2013

Live Ya Life Yawww!

Assalamu'alaikum w.b.t.

Sins tudei iz kaind av taiyyering dei end aiv med samwan anheppi, ai olso fil anheppi. hauever, laif mast go on. Sorri for ol de rongduings.


AI ROK!!!!

Lets lisen tu dis song end rok yo werld!



"When it’s you and me
We don’t need no one to tell us who to be
We’ll keep turning up the radio
What if you and I
Just put up a middle finger to the sky
Let them know we’re still rock ‘n roll"

Let's get wasted!


Cheers! xxx


Burning the Midnight Oil

Assalamu'alaikum w.b.t.

Entri kali ni takde apa-apa motif pun. Sekadar nak bersembang ssorang-sorang kat sini. Huhuhu... How sad can it be?

(T_T)


Right now is 2:18am of Wednesday, 18/09/2013. Why am I still awake? Well, orang rajin memang cenggini. Burn the midnight oil!!! Takde la. Ni pun terpaksa la. Who on earth would want to give away their sleeping hours? Not me especially! I am supposed to be sleeping safe and sound. Dah la siang nanti ada meeting. Need to take care of my eyes. No panda eyes. Tapi, atas desakan kerja, terpaksaku korbankan jua waktu tidurku ini. Aisehhhh...

Ngantuk sungguh ni. Kerja belum mula tapi saja singgah menaip kat blog. Amik feel 'busy' dulu. Warm up kata orang. Hahahahaha!

Kepada sahabatku, nanti I check your grammar ya. Sorry for the delay. Again, work is taking up my sweet time.  

Sambil menaip ni, layan lagu ---->  Terima Kasih - iamNEETA

Dah banyak kali ulang. Hilang sikit rasa mengantuk. 

Baiklah semua, ku harus mengundurkan diri sekarang untuk memberi ruang kepada urusan kerjaku. 
Nak tidur cepat, kenalah siapkan kerja cepat walau pada hakikatnya, otak dan jari-jemari semakin lambat berfungsi. Hewhewhewhewwww... *psycho*

Tata!


Wassalaam.

Tuesday, 3 September 2013

Ada Apa Dengan Cinta

Assalamu'alaikum w.b.t.


Saya ada satu tabiat sewaktu membuat kerja iaitu mendengar lagu di YouTube. Hari ini, sedang saya membuat kerja sambil mendengar lagu-lagu Melly Goeslow di YouTube (Melly! I am your biggest fan!), saya terjumpa sesuatu yang membuat saya terbeliak dan sangat gembira.

Saya terjumpa satu link di YouTube! Guess what? A full movie of Ada Apa Dengan Cinta! Yahoooooo!

Sesiapa yang dah lama mencari cerita penuh Ada Apa Dengan Cinta, anda bolehlah menontonnya di sini dengan hanya SATU klik.


Enjoy your movie darlings!


Harga Minyak Naik

Assalamu'alaikum w.b.t.

Topik hangat terkini! Harga minyak naik! RON 95 naik 20 sen!


And the best thing is, I just fueled by car this morning. Hahaha!

Nope.

Bukannya sebab saya mampu cuma pagi tadi jalan sesak. Rumah di Damansara dan pejabat di Kajang. Oil consumption sudah semestinya banyak. Ditambah dengan jalanraya/lebuhraya yang sesak di sekitar Mid Valley, semakin pantas minyak kereta turun.

Bukannya saya sengaja nak mengisi minyak pagi ni tetapi semua kedai minyak di sekitar rumah saya terlalu sesak dan saya terlalu letih untuk menunggu. Penat keje sehhhh.

Walaubagaimana pun, saya amat gembira mengisi minyak pada pagi ini kerana suasananya amat aman dan damai. Hahaha! Oleh kerana ramai yang sudah berebut untuk mengisi minyak malam semalam, makanya pagi ini kedai minyaknya kosong! *menari*

Ada yang mengatakan "Ala, takpe, 20 sen jeeeee." Mungkin sebab kereta kau kecil. Kalau kereta kecil, memang la takpe sebab tangki minyak kereta kau tu kecil. Dan kau mungkin tak berulang-alik ke tempat yang jauh. Dan kau mungkin tak menempuh jalan yang sesak.

Kalau kereta macam aku, besar gedabak, MPV dan 4x4; isi minyak memang sampai 90 liter (for sure). Dalam seminggu ada gak la, paling kurang, isi minyak 3 kali full tank. 
Senario aku? Isnin hingga jumaat, ulang-alik damansara-kajang. Kalau tak sesak jalan, 40 min. Kalau sesak jalan (paling teruk, so far) 2 jam.
So, cuba kau darab jumlah duit yang aku keluarkan khas untuk minyak kereta selama sebulan. Aku rasa kalau kau (si tukang cakap TAKPE) jadi aku, meroyan gak kau.

The best part is, it would be a domino effect. Bila harga minyak naik, kos pengangkutan akan naik. Bila kos pengangkutan naik, harga barang akan naik. Bila harga barang naik, kau marah si peniaga sebab naikkan harga barang. So, KAU yang cakap TAKPE tu pun akhirnya akan BISING gak kan?

Jadinya, kau masih tergamak nak sebut TAKPE?

Berfikir guna kepala otak, bukan kepala lutut.

P/S: Maaf jika terkasar bahasa.


Sekian.

Wassalaam.