Assalamu'alaikum w.b.t.
This is one of the many things that I always concern.
Technology.
Why? Kenapa? Limazha?
Haa... Cuba korang tengok kiri, kanan, depan, belakang, atas dan bawah (kalau ada). Semuanya mengadap teknologi. Maksudnya? Maksudnya, mereka mengadap gadget contohnya telefon bimbit, tab, iPad etc. Memang tak lekang daripada tangan. Sedih kan?
Agaknya la eh, lama-lama nanti majoriti manusia kat bumi ni akan dapat penyakit Arthritis. Sakit-sakit tulang kerana jari je dok gerak sokmo. Huhuhu. Cuba tengok jari telunjuk korang. Mesti ada rasa lenguh sikit kan? Haaa... itulah dia! Dia datang! Petanda awal dah nampak dan rasa. Jadi, perbanyakkanlah bersenam. Biar semua tulang-temulang (ada ke?) tu bergerak dan berfungsi sepenuhnya. Mata korang pun cepat rosak sebab asyik mengadap skrin. Peniaga cermin mata pasti akan berjaya.
Satu lagi, saya memang kurang gemar tengok satu meja yang penuh dengan orang tapi semua tak bercakap sebab dok ngadap gajet. Rasa macam dah takde fungsi makan bersama satu keluarga atau semeja ramai-ramai bila semua orang tak bercakap. Bukankah makan luar beramai-ramai adalah untuk mengeratkan silaturrahim dengan bersembang sama-sama, buat aktiviti bersama-sama etc. I feel so sad about this.
Tolonglah kurangkan penggunaan gajet bila berhadapan dengan orang lain. E.g. Gathering, breakfast/lunch/dinner/supper table, lepak etc. Hargailah waktu yang ada bersama orang-orang yang tersayang. Bila jauh dipanggil-panggil, bila dekat dibiar-biarkan. Respect each other. You might not see or hear them again tomorrow.
Sekian. Terima kasih.
-Fel