Assalamualaikum w.b.t.
Dah lama bercinta? Ingin berkahwin? Tapi takut?
Mengapa?
Haaa... Di sini saya akan menceritakan & berkongsi tentang buah fikiran saya mengenai sebab-sebab yang membuatkan seseorang takut untuk bernikah atau berkahwin. Ini pun berdasarkan situasi semasa dan pemerhatian saya (sebab saya suka memerhati orang).
1. Komitmen
Ini boleh dikatakan antara sebab-sebab utama orang takut nak kahwin. Mengapa? Kerana bila dah berkahwin, bertambahlah tanggungjawab kita. Tidak kira sama ada di pihak lelaki mahupun perempuan. Adil ya. Untuk si lelaki, sudah semestinya risau camne nak cari duit lebih untuk sara keluarga. Bila dah ada anak lak, tu dah lain cerita. Kena kerja kuat sikit la bro! Tanggungjawab lelaki adalah untuk menjaga isteri dah keluarganya. Kira macam... benda-benda external la. Cari duit, jaga keselamatan sbg. Untuk si perempuan (yang ni saya arif sikitlah sebab saya pun perempuan), tanggungjawab kita adalah menjaga kebajikan keluarga di dalam rumah. Contohnya, jaga makan minum, jaga rumah, pakaian, jadi akauntan rumah, jadi chef rumah dan banyak lagi untuk suami dan keluarga. Banyak perkiraannya. Bunyi macam mudah kan? tapi sebenarnya agak meletihkan. Untuk isteri yang berkerjaya, agak rumit tanggungjawab kita. Bertambah-tambah komitmen. Dah la banyak kerja di pejabat, tambah lagi dengan kerja di rumah. Tak putus-putus tugasan kita. Letih gak tu. Hehe... itu yang menakutkan. Betul tak?
Masa bercinta, memanglah kita rasa kita boleh layan komitmen ni tapi bila fikir-fikir balik, macam berat gak nak pikul.
Dah bersedia? :)
2. Masa
Bak kata omputih, QUALITY TIME. Ini sangatlah penting. Bila dah masuk alam rumahtangga, kita kena bijak membahagikan masa kita. Masa untuk bekerja dan masa untuk bersama keluarga. Jangan terlalu asyik dengan kerja atau kawan-kawan. Kita kena ingat tanggungjawab kita kepada pasangan kita dan keluarga.
Yang saya nampak sekarang, dah semakin kurang orang meluangkan masa bersama keluarga. Masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Jarang nak nampak 1 keluarga lengkap makan bersama, beriadah sama-sama dan macam-macam hal lagi. Kalau berkumpul pun, masing-masing mengadap telefon bimbit, iPad, tab dan banyak lagi alat-alat canggih lain. Takde pun nak berbual sesama ahli keluarga. Kalau ada pun, sembang sekejap. Pastu sambung mengadap teknologi semula. Hmmm... Bahaya macam tu.
Untuk pasangan yang bekerja, ingat-ingatlah keluarga di rumah. Kalau asyik sangat dengan kerja, keluarga akan terabai. Tapi, macam mana nak balik kalau kerja belum siap? Haaa... itulah dilemanya. Nak tak nak, kerja kena siapkan juga. Nanti bos marah. Tapi kita kena bijak menguruskan masa. Janganlah pulang terlalu lewat. Kasihanilah keluarga di rumah.
3. Realiti
Masa bercinta dengan masa dah berkahwin memang berbeza. Masa bercinta, kita belum nampak sepenuhnya diri pasangan kita. Yerla, sebab belum serumah. Nanti bila dah berkahwin, dah serumah dan sekatil, haaaa... tu diaaa... tidur kuar air liur basi, baju tak lipat, pinggan mangkuk tak basuh lepas makan, bla bla bla... hehe... Baru tahu realitinya kan. Kita takut untuk tahu realiti hidup.
Masa ni lah untuk kita belajar menerima pasangan kita seadanya. Kalau tak suka, kita boleh tegur pasangan kita. Tegur baik-baik. Barulah dia lembut hati untuk berubah.
4. Assumption / Take things for granted / Ambil mudah
Kita risau mungkin pasangan kita akan mengambil mudah tentang diri kita sesudah berkahwin kerana menganggap kita dah cukup memahami si dia. Konon-kononnya dah sehati sejiwa sekepala se se se yang lain-lain lagi. Ni yang hardcore problem. Kita rasa pasangan kita dah faham kita. Contohnya, kita nak lepak dengan kawan-kawan dan pulang ke rumah agak lewat malam. Pastu, kita fikir, "takpelah, dia faham aku. aku kan lepak dengan kawan-kawan je. dia pun kenal kawan-kawan aku tu." haaa... ni yang jadi masalah. kita tak boleh fikir macam tu. Sape tahu mungkin pasangan kita perlukan kita pada hari tu. Mungkin dia ada buat kejutan untuk kita. Mungkin dia ada masak sesuatu yang luarbiasa untuk kita. Mungkin dia tunggu kita pulang.
Jadi, janganlah kita mementingkan diri sendiri. Bila dah berkahwin, pasangan kita adalah separuh daripada diri kita. Vice versa. Sebelum buat apa-apa, fikir dulu tentang keluarga. Kawan-kawan takpe. Boleh cari kalau lari. Tapi kalau yang dah berkahwin, kita kena ingat janji-janji kita kepada pasangan kita masa akad nikah. Janji lebih penting daripada kawan-kawan.
-------------------------
Saya rasa, ini sahaja buat masa sekarang. Kalau ada apa-apa, saya tambah lagi ya.
:)